Terdapat beberapa istilah yang sentiasa digunapakai apabila membincangkan tentang takaful. Namun bagi mereka yang di luarbidang takaful, penggunaan istilah-istilah ini sudah pasti mengelirukan mereka terutamanya buat mereka yang tidak mempunyai asas Syariah yang mana isitilah istilah ini mungkin sesuatu yang amat janggal dan tidak pernah didengar. 1. TAKAFUL Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013) mengistilahkan takaful sebagai “sesuatu perkiraan yang berasaskan pertolongan secara bersama yang di bawahnya peserta takaful bersetuju menyumbang kepada sesuatu kumpulan wang sama yang menyediakan manfaat kewangan bersama yang kena dibayar kepada peserta takaful itu atau kepada benefisiari pada masa berlaku sesuatu kejadian yang dipersetujui terdahulu.’ Secara ringkasnya, takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang yang sebahagiannya akan disalurkan ke dalam dana takaful atas dasar tabarru’ (derma), seseorang itu memeterai...
Perkongsian Info/Tips Takaful, Kewangan, Perbankan, Pusaka dsb.