QARD AL-HASAN DALAM PERBANKAN ISLAM Qard secara bahasanya bermaksud potong, iaitu seseorang itu memotong sebahagian daripada pemilikannya untuk dipinjamkan kepada orang yang mahu meminjam, manakala hasan pula membawa maksud sesuatu yang baik. Gabungan Qardu al-Hasan bermaksud pinjaman yang baik. Ianya juga juga di sebut sebagai beautiful loan , yang secara terminologinya dipetik dari enam tempat yang berbeza dalam al-Quran. Surah-surah tersebut adalah surah al-Baqarah: ayat 245, surah al-Maidah: ayat 12, surah al-Hadid: ayat 11 dan 18, Surah al-Taghabun: ayat 17 dan surah al-Muzammil: ayat 20 yang merupakan ayat-ayat berkenaan Qard. [1] Secara umumnya Qard merupakan manifestasi keprihatinan seseorang untuk melakukan kebajikan dengan membantu saudaranya yang berada dalam kesempitan khususnya dalam aspek kewangan. Oleh itu, peminjam hanya perlu membayar jumlah wang yang dipinjam sahaja tanpa dikenakan faedah. Konsep ...
Comments
Post a Comment