QARD AL-HASAN DALAM PERBANKAN ISLAM
Qard secara bahasanya bermaksud potong, iaitu seseorang itu
memotong sebahagian daripada pemilikannya untuk dipinjamkan kepada orang yang
mahu meminjam, manakala hasan pula membawa maksud sesuatu yang baik. Gabungan
Qardu al-Hasan bermaksud pinjaman yang baik. Ianya juga juga di sebut sebagai beautiful
loan, yang secara terminologinya dipetik dari enam tempat yang berbeza dalam al-Quran.
Surah-surah tersebut adalah surah al-Baqarah: ayat 245, surah al-Maidah: ayat
12, surah al-Hadid: ayat 11 dan 18, Surah al-Taghabun: ayat 17 dan surah
al-Muzammil: ayat 20 yang merupakan ayat-ayat berkenaan Qard.[1]
Secara umumnya Qard merupakan manifestasi keprihatinan seseorang
untuk melakukan kebajikan dengan membantu saudaranya yang berada dalam kesempitan khususnya dalam aspek kewangan. Oleh
itu, peminjam hanya perlu membayar jumlah wang yang dipinjam sahaja
tanpa dikenakan faedah. Konsep
kebaikan dalam kontrak
ini juga menjurus
kepada sifat toleransi
dan prihatin peminjam yang boleh
memberikan sagu hati berbentuk wang
kepada pemiutang sewaktu melunaskan hutangnya sebagai tanda penghargaan kepada pemiutang kerana
memberikan bantuan dalam keadaan terdesak.
Ini berdasarkan kepada hadith Jabir bin Abdullah yang
meriwayatkan bahawa beliau telah pergi berjumpa
dengan Rasulullah SAW
di masjid. Baginda
Rasulullah menyuruhnya
menunaikan solat dua rakat dan selepas itu
Baginda telah membayar hutang kepada
Jabir dengan bayaran yang lebih. Pinjaman atau ‘Qard' dalam Islam adalah
merupakan satu kontrak yang diasaskan atas dasar bantu membantu, sukarela
(tabarru') dan belas kasihan kepada individu yang memerlukan. Atas sebab itu,
Islam menyanjung tinggi amalan ini sehinggakan Nabi SAW bersabda yang
bermaksud:
″Abu Hurairah telah
meriwayatkan bahawa Nabi
Muhammad SAW telah bersabda: Sesiapa yang melepaskan
seorang mu’min suatu kesusahan di dunia, nescaya Allah
akan melepaskan dirinya
daripada suatu kesusahan
dari kesusahan-kesusahan di hari
kiamat, sesiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, nescaya Allah akan meringankan penderitaan dirinya di dunia dan di akhirat. Dan Allah
sentiasa menolong hambaNya, selagi hambaNya berusaha menolong saudaranya.[2]
(HR Muslim)
Disebakan itu Qard
al-Hasan ini merupakan suatu produk pinjaman yang berbentuk kebajikan bukannya
perniagaan. Imam al-Suyuti juga telah menyatakan hadis berkenaan pahala orang
yang memberi pinjam adalah lebih banyak daripada orang yang memberi sedekah
disebabkan orang yang meminta pinjam tidak akan meminta pinjam melainkan dia
benar-benar memerlukannya.[3]
Dengan syarat pinjaman tersebut mestilah bersih daripada sebarang tambahan atau
manfaat lain yang dipaksakan atau dipersetujui. Sekiranya terdapat sebarang
tambahan atau manfaat lain maka ulama’ bersepakat ianya termasuk dalam kategori
Riba an-Nasi’ah yang disepakati haramnya.[4]
Maka kontrak Qard al-Hasan ini merupakan satu kontrak pinjaman yang bersifat
kebajikan dan bersih daripada sebarang manfaat tambahan.
[1] Scoon, Farid. 2000. Qard al-Hasana-Towards Relation dalam
Asma Siddiqi et.al (ed), Anthology of Islamic Banking. London: Institute of
Islamic Banking and Insurance
[2]
Imam Muslim, Sahih Muslim, Hadith no. 7028, Juz 8, m.s 71
[3] Al-Suyuti,
Jami’ al-Ahadith, Hadith no. 12633, Juz 13, m.s 91.
[4] Zaharuddin Hj Abd Rahman (2006), Kos
Pengurusan dalam Implementasi ‘Qard Hasan’, Metro, Ahad, di dalam
http://www.zaharuddin.net/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=149,
10/2/2015
Comments
Post a Comment