Skip to main content

APA ITU TAKAFUL?

KONSEP TAKAFUL

Takaful berasal dari perkataan Arab - kafala bermaksud saling menjamin. Suatu skim yang berdasarkan prinsip ta`awun, jamin menjamin atau bantuan bersama. Ia memberikan perlindungan bersama aset dan harta serta menawarkan perkongsian risiko bersama sekiranya salah seorang ahlinya mengalami kerugian.

 

PRINSIP/ASAS TAKAFUL

Secara umumnya, Takaful terdiri daripada 3 asas utama:

1. Saling bertanggungjawab

2. Saling bekerjasama/tolong-menolong

3. Saling melindungi

 

1. Saling bertanggungjawab

Tanggungjawab antara pihak pengendali Takaful (menguruskan sumbangan/dan) dan peserta takaful (memberikan sumbangan)

2. Saling Bekerjasama/tolong-menolong

Prinsip asas dalam Takaful adalah ta’awun (tolong-menolong), para peserta saling bertabarru' (menyumbang) ke dalam satu tabung dana takaful untuk keperluan yang khusus.

3. Saling melindungi

Peserta Takaful bersetuju berkongsi tanggungjawab dan bersetuju membantu satu sama lain apabila salah seorang penyumbang dalam kesusahan

 

   

Comments

Popular posts from this blog

ISTILAH-ISTILAH ASAS BERKAITAN TAKAFUL

Terdapat beberapa istilah yang sentiasa digunapakai apabila membincangkan tentang takaful. Namun bagi mereka yang di luarbidang takaful, penggunaan istilah-istilah ini sudah pasti mengelirukan mereka terutamanya buat mereka yang tidak mempunyai asas Syariah yang mana isitilah istilah ini mungkin sesuatu yang amat janggal dan tidak pernah didengar.  1. TAKAFUL Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013) mengistilahkan takaful sebagai “sesuatu perkiraan yang berasaskan pertolongan secara bersama yang di bawahnya peserta takaful bersetuju menyumbang kepada sesuatu kumpulan wang sama yang menyediakan manfaat kewangan bersama yang kena dibayar kepada peserta takaful itu atau kepada benefisiari pada masa berlaku sesuatu kejadian yang dipersetujui terdahulu.’ Secara ringkasnya, takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang yang sebahagiannya akan disalurkan ke dalam dana takaful atas dasar tabarru’ (derma), seseorang itu memeterai...

QARD AL-HASAN DALAM PERBANKAN ISLAM

QARD AL-HASAN DALAM PERBANKAN ISLAM Qard secara bahasanya bermaksud potong, iaitu seseorang itu memotong sebahagian daripada pemilikannya untuk dipinjamkan kepada orang yang mahu meminjam, manakala hasan pula membawa maksud sesuatu yang baik. Gabungan Qardu al-Hasan bermaksud pinjaman yang baik. Ianya juga juga di sebut sebagai beautiful loan , yang secara terminologinya dipetik dari    enam tempat yang berbeza dalam al-Quran. Surah-surah tersebut adalah surah al-Baqarah: ayat 245, surah al-Maidah: ayat 12, surah al-Hadid: ayat 11 dan 18, Surah al-Taghabun: ayat 17 dan surah al-Muzammil: ayat 20 yang merupakan ayat-ayat berkenaan Qard. [1] Secara umumnya Qard merupakan manifestasi keprihatinan seseorang untuk melakukan kebajikan dengan membantu saudaranya    yang berada dalam kesempitan    khususnya dalam aspek kewangan.   Oleh    itu, peminjam hanya perlu membayar jumlah wang yang dipinjam sahaja tanpa dikenakan faedah. Konsep  ...