Skip to main content

PERBEZAAN TAKAFUL DAN INSURANS KONVENSIONAL

Masih ramai yang kurang faham dan keliru berkenaan perbezaan takaful dan insurans konvensional, lebih merisaukan ada yang berpendapat takaful dan insurans konvensional adalah sama.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telahpun memutuskan hukum berkaitan dengannya dalam beberapa siri persidangan yang membahaskan status insurans konvensional. Secara umumnya semua jenis insurans konvensional sama ada insurans nyawa, insurans am serta memperomosikannya juga adalah haram

Keputusan ini tentunya dibuat oleh pakar pakar dalam bidang muamalat dengan melihat kepada beberapa aspek seperti kontrak asas, perjalanan operasi, akad-akad lain, saluran pelaburan dan lain lain.

Bagi memudahkan untuk pembaca memahami perbezaan, lihat jadual di bawah:

 

TAKAFUL

INSURANS

Konsep berasaskan semangat Kerjasama, tolong- menolong (ta’awun) dan tabarru'


Semata-mata berasaskan faktor-faktor komersial

Premium yang dibayar dianggap sebagai derma (tabarru’Akad  Wakalah, mudharabah

 


Berasaskan kontrak Jual Beli

Manfaat Dibayar dari dana peserta yang berkaitan dengan bantuan bersama


Manfaat dibayar dari dana syarikat


Bebas daripada elemen 'riba', 'gharar' dan 'maisir'

 

Terlibat dengan unsur 'riba, 'gharar', dan 'maisir'

Dana dilaburkan dalam pelaburan patuh Syariah

 

Dana dilaburkan di dalam mana mana pelaburan termasuk pelaburan tidak patuh syariah


Di pantau oleh Majlis Penasihat Syariah

 


Tiada Majlis Penasihat Syariah (SAC)


Comments

Popular posts from this blog

ISTILAH-ISTILAH ASAS BERKAITAN TAKAFUL

Terdapat beberapa istilah yang sentiasa digunapakai apabila membincangkan tentang takaful. Namun bagi mereka yang di luarbidang takaful, penggunaan istilah-istilah ini sudah pasti mengelirukan mereka terutamanya buat mereka yang tidak mempunyai asas Syariah yang mana isitilah istilah ini mungkin sesuatu yang amat janggal dan tidak pernah didengar.  1. TAKAFUL Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013) mengistilahkan takaful sebagai “sesuatu perkiraan yang berasaskan pertolongan secara bersama yang di bawahnya peserta takaful bersetuju menyumbang kepada sesuatu kumpulan wang sama yang menyediakan manfaat kewangan bersama yang kena dibayar kepada peserta takaful itu atau kepada benefisiari pada masa berlaku sesuatu kejadian yang dipersetujui terdahulu.’ Secara ringkasnya, takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang yang sebahagiannya akan disalurkan ke dalam dana takaful atas dasar tabarru’ (derma), seseorang itu memeterai...

APA ITU TAKAFUL?

KONSEP TAKAFUL Takaful berasal dari perkataan Arab - kafala bermaksud saling menjamin. Suatu skim yang berdasarkan prinsip ta`awun, jamin menjamin atau bantuan bersama. Ia memberikan perlindungan bersama aset dan harta serta menawarkan perkongsian risiko bersama sekiranya salah seorang ahlinya mengalami kerugian.   PRINSIP/ASAS TAKAFUL Secara umumnya, Takaful terdiri daripada 3 asas utama: 1. Saling bertanggungjawab 2. Saling bekerjasama/tolong-menolong 3. Saling melindungi   1. Saling bertanggungjawab Tanggungjawab antara pihak pengendali Takaful (menguruskan sumbangan/dan) dan peserta takaful (memberikan sumbangan) 2. Saling Bekerjasama/tolong-menolong Prinsip asas dalam Takaful adalah ta’awun (tolong-menolong), para peserta saling bertabarru' (menyumbang) ke dalam satu tabung dana takaful untuk keperluan yang khusus. 3. Saling melindungi Peserta Takaful bersetuju berkongsi tanggungjawab dan bersetuju membantu satu sama lain apabila salah seorang pe...

QARD AL-HASAN DALAM PERBANKAN ISLAM

QARD AL-HASAN DALAM PERBANKAN ISLAM Qard secara bahasanya bermaksud potong, iaitu seseorang itu memotong sebahagian daripada pemilikannya untuk dipinjamkan kepada orang yang mahu meminjam, manakala hasan pula membawa maksud sesuatu yang baik. Gabungan Qardu al-Hasan bermaksud pinjaman yang baik. Ianya juga juga di sebut sebagai beautiful loan , yang secara terminologinya dipetik dari    enam tempat yang berbeza dalam al-Quran. Surah-surah tersebut adalah surah al-Baqarah: ayat 245, surah al-Maidah: ayat 12, surah al-Hadid: ayat 11 dan 18, Surah al-Taghabun: ayat 17 dan surah al-Muzammil: ayat 20 yang merupakan ayat-ayat berkenaan Qard. [1] Secara umumnya Qard merupakan manifestasi keprihatinan seseorang untuk melakukan kebajikan dengan membantu saudaranya    yang berada dalam kesempitan    khususnya dalam aspek kewangan.   Oleh    itu, peminjam hanya perlu membayar jumlah wang yang dipinjam sahaja tanpa dikenakan faedah. Konsep  ...