Skip to main content

Posts

APAKAH FUNGSI TAKAFUL

Berdasarkan pemerhatian masih ramai yang tertanya tanya apakah fungsi takaful, maka disini saya terpanggil untuk membuat sedikit perkongsian ringkas apakah fungsi utama takaful. FUNGSI UTAMA TAKAFUL  1. Income Replacement. Takaful akan bertindak menggantikan pendapatan seseorang jika ditimpa musibah seperti kematian/hilang upaya kekal (TPD) atau kematian akibat kemalangan. Contohnya, Abu sebagai ketua keluarga bekerja dan bergaji RM5000 sebulan secara tiba-tiba mengalami strok. Ini mengakibatkan beliau tidak mampu bekerja seterusnya hilang pendapatan beliau untuk menampung kehidupan diri dan keluarga beliau. Maka dengan adanya takaful, beliau layak mendapat pampasan hilang upaya kekal sebanyak RM350K menggantikan pendapatan bulanannya serta boleh digunakan untuk membayar kos perubatan dan penjagaan beliau, membiayai pelajaran anak anak dan sebagainya. Klik disini untuk buat HIBAH TAKAFUL 2. Pengekalan Aset. Takaful membantu mengekalkan aset sedia ada daripada tergadai disebabkan ...
Recent posts

ISTILAH-ISTILAH ASAS BERKAITAN TAKAFUL

Terdapat beberapa istilah yang sentiasa digunapakai apabila membincangkan tentang takaful. Namun bagi mereka yang di luarbidang takaful, penggunaan istilah-istilah ini sudah pasti mengelirukan mereka terutamanya buat mereka yang tidak mempunyai asas Syariah yang mana isitilah istilah ini mungkin sesuatu yang amat janggal dan tidak pernah didengar.  1. TAKAFUL Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013) mengistilahkan takaful sebagai “sesuatu perkiraan yang berasaskan pertolongan secara bersama yang di bawahnya peserta takaful bersetuju menyumbang kepada sesuatu kumpulan wang sama yang menyediakan manfaat kewangan bersama yang kena dibayar kepada peserta takaful itu atau kepada benefisiari pada masa berlaku sesuatu kejadian yang dipersetujui terdahulu.’ Secara ringkasnya, takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang yang sebahagiannya akan disalurkan ke dalam dana takaful atas dasar tabarru’ (derma), seseorang itu memeterai...

PERBEZAAN TAKAFUL DAN INSURANS KONVENSIONAL

Masih ramai yang kurang faham dan keliru berkenaan perbezaan takaful dan insurans konvensional , lebih merisaukan ada yang berpendapat takaful dan insurans konvensional adalah sama. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telahpun memutuskan hukum berkaitan dengannya dalam beberapa siri persidangan yang membahaskan status insurans konvensional. Secara umumnya semua jenis insurans konvensional sama ada insurans nyawa, insurans am serta memperomosikannya juga adalah haram Keputusan ini tentunya dibuat oleh pakar pakar dalam bidang muamalat dengan melihat kepada beberapa aspek seperti kontrak asas, perjalanan operasi, akad-akad lain, saluran pelaburan dan lain lain. Bagi memudahkan untuk pembaca memahami perbezaan, lihat jadual di bawah:   TAKAFUL INSURANS Konsep berasaskan semangat Kerjasama, tolong- menolong (ta’awun) dan tabarru' Semata-mata berasaskan faktor-faktor komersial ...

NAFKAH KELUARGA

Rata rata pada hari ini masih ramai yang mengambil remeh soal nafkah. Mereka mengambil ringan akan perkara asas dalam sesebuah kehidupan bekeluarga yang dibina. Sebaik sahaja terikatnya tali pernikahan antara suami dan isteri, maka beberapa perkara adalah menjadi tanggunghjawab antara suami dan isteri. Pensyariatan Islam telah menggariskan beberapa perkara tersebut antaranya adalah nafkah, Firman Allah s.w.t : وَٱلۡوَٰلِدَٰتُ يُرۡضِعۡنَ أَوۡلَٰدَهُنَّ حَوۡلَيۡنِ كَامِلَيۡنِۖ لِمَنۡ أَرَادَ أَن يُتِمَّ ٱلرَّضَاعَةَۚ وَعَلَى ٱلۡمَوۡلُودِ لَهُۥ رِزۡقُهُنَّ وَكِسۡوَتُهُنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِۚ لَا تُكَلَّفُ نَفۡسٌ إِلَّا وُسۡعَهَاۚ لَا تُضَآرَّ وَٰلِدَةُۢ بِوَلَدِهَا وَلَا مَوۡلُودٞ لَّهُۥ بِوَلَدِهِۦۚ وَعَلَى ٱلۡوَارِثِ مِثۡلُ ذَٰلِكَۗ فَإِنۡ أَرَادَا فِصَالًا عَن تَرَاضٖ مِّنۡهُمَا وَتَشَاوُرٖ فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡهِمَاۗ وَإِنۡ أَرَدتُّمۡ أَن تَسۡتَرۡضِعُوٓاْ أَوۡلَٰدَكُمۡ فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡكُمۡ إِذَا سَلَّمۡتُم مَّآ ءَاتَيۡتُم بِٱلۡمَعۡرُوفِۗ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّه...

QARD AL-HASAN DALAM PERBANKAN ISLAM

QARD AL-HASAN DALAM PERBANKAN ISLAM Qard secara bahasanya bermaksud potong, iaitu seseorang itu memotong sebahagian daripada pemilikannya untuk dipinjamkan kepada orang yang mahu meminjam, manakala hasan pula membawa maksud sesuatu yang baik. Gabungan Qardu al-Hasan bermaksud pinjaman yang baik. Ianya juga juga di sebut sebagai beautiful loan , yang secara terminologinya dipetik dari    enam tempat yang berbeza dalam al-Quran. Surah-surah tersebut adalah surah al-Baqarah: ayat 245, surah al-Maidah: ayat 12, surah al-Hadid: ayat 11 dan 18, Surah al-Taghabun: ayat 17 dan surah al-Muzammil: ayat 20 yang merupakan ayat-ayat berkenaan Qard. [1] Secara umumnya Qard merupakan manifestasi keprihatinan seseorang untuk melakukan kebajikan dengan membantu saudaranya    yang berada dalam kesempitan    khususnya dalam aspek kewangan.   Oleh    itu, peminjam hanya perlu membayar jumlah wang yang dipinjam sahaja tanpa dikenakan faedah. Konsep  ...

APA ITU TAKAFUL?

KONSEP TAKAFUL Takaful berasal dari perkataan Arab - kafala bermaksud saling menjamin. Suatu skim yang berdasarkan prinsip ta`awun, jamin menjamin atau bantuan bersama. Ia memberikan perlindungan bersama aset dan harta serta menawarkan perkongsian risiko bersama sekiranya salah seorang ahlinya mengalami kerugian.   PRINSIP/ASAS TAKAFUL Secara umumnya, Takaful terdiri daripada 3 asas utama: 1. Saling bertanggungjawab 2. Saling bekerjasama/tolong-menolong 3. Saling melindungi   1. Saling bertanggungjawab Tanggungjawab antara pihak pengendali Takaful (menguruskan sumbangan/dan) dan peserta takaful (memberikan sumbangan) 2. Saling Bekerjasama/tolong-menolong Prinsip asas dalam Takaful adalah ta’awun (tolong-menolong), para peserta saling bertabarru' (menyumbang) ke dalam satu tabung dana takaful untuk keperluan yang khusus. 3. Saling melindungi Peserta Takaful bersetuju berkongsi tanggungjawab dan bersetuju membantu satu sama lain apabila salah seorang pe...